PENGALAMAN ADALAH GURU YANG TERBAIK
Setiap pengalaman yang kita lalui, menjadi satu ilmu dan pengajaran yang terbaik buat kita. Belajar daripada pengalaman adalah ilmu yang paling berharga dalam dunia.
Jumaat, 1 Februari 2013
PENGAGIHAN BAUCAR BR1M DI SIBU, SARAWAK
Kepada semua penduduk di Sibu Sarawak,
pengagihan Baucar BR1M akan dimulakan
pada 01 Februari 2013 (Jumaat) mulai
jam 8.30 pagi..
Pengagihan tersebut bertempat di
Dewan Tadika Lakis, Sibu (Bersebelahan
dengan Masjid An-nur Sibu)
Sila bawa bersama surat kelulusan dan
kad pengenalan ketika mengambil baucar
itu nanti.
Sabtu, 8 Disember 2012
Jumaat, 22 Jun 2012
MENGURUSKAN BADAN DAN MENDAPAT BERAT BADAN YANG IDEAL
Ramai yang tercari-cari bagaimana cara untuk menguruskan badan atau membakar lemak yang terdapat dalam badan kita.
Tetapi ramai juga yang tidak sedar bertapa mudahnya untuk memastikan kita boleh mencapai berat badan yang ideal.
Sebenarnya, tiada jalan mudah bagi kita untuk membuang lemak dalam tubuh badan. Sedar atau tidak, lemak sebenarnya baik untuk kita, di mana lemak boleh membekalkan tenaga kepada tubuh badan 2 kali ganda lebih banyak daripada karbohidrat.
Namun, lemak yang berlebihan boleh menjadikan seseorang itu obes atau obesiti, sekali gus boleh mendatangkan pelbagai penyakit. Jadi tidak hairanlah sekiranya kita selalu melihat orang yang berbadan besar dan mempunyai lemak yang berlebihan sering menghidap pelbagai jenis penyakit.
Tetapi yang berbadan kurus atau kecil juga tidak semestinya sihat. Oleh itu amalankan gaya hidup yang sihat agar kita boleh memastikan agar kita sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan cergas.
Bagi sesiapa yang ingin mencari jalan mudah bagi mengurangkan lemak di dalam tubuh badan kita, di sini bukan tempatnya.. Sebenarnya, konsep yang paling mudah untuk kita fahami ialah, kita harus membakar lemak dalam tubuh badan kita lebih daripada apa yang kita makan.
Maksudnya, sekiranya kita tahu bahawa kita selalu mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak, senaman atau aktiviti fizikal yang perlu kita lakukan perlu seimbang agar boleh membakar lemak di dalam tubuh badan kita dan tidak tergumpul.
Dengan begini, kita boleh faham bahawa, lagi banyak kita makan, lagi banyaklah kita harus melakukan senaman atau aktiviti fizikal.
Selain itu, kita sememangnya sudah tahu, pengambilan pemakanan yang seimbang adalah jalan yang terbaik bagi memastikan tubuh kita menerima zat yang secukupnya. Ini tidak dapat dinafikan lagi, kerana faktor utama penyumbang kepada obesiti adalah pemakanan yang tidak seimbang.
Walau bagaimanapun, kita juga harus melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu. Tetapi ramai yang beranggapan bahawa senaman harus dilakukan di luar rumah seperti berjoging atau berbasikal. Hakikatnya, melakukan aktiviti fizikal di rumah seperti naik tangga, mengemas rumah, mengangkat barang, juga merupakan senaman.
Jadi, bagi yang berbadan besar atau yang mempunyai lemak berlebihan, rajin-rajinlah melakukan aktiviti fizikal samaada di dalam atau diluar rumah.

Langgan:
Catatan (Atom)